Haji
Wada' Rasulullah yakni pada 9 Zulhijjah tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Bukit
Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di
antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah itu adalah:
1. "Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua setelah tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
2.
"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai
suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.
Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.
Janganlah kamu sakiti siapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.
Ingatlah bahwa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat
perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh
itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
3.
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah
berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka
berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
4.
"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas istri kamu, mereka juga
mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas
kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih
sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah
terhadap mereka karena sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang
setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan
orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
5.
"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah
Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan
tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya
kamu mampu. Ketahuilah bahwa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang
lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang
lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.
6.
"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan
diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan
sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran setelah ketiadaanku.
7.
"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang setelahku
dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul
dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya
aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan
mengikuti kedua-duanya, niscaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah
Al-Qur'an dan Sunnahku.
8.
"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada
orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang
terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahwsanya telah aku sampaikan
risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."
Tidak ada komentar:
Posting Komentar