Nabi Jeremiah A.S. merupakan antara
salah seorang Nabi dalam kalangan Bani Israil. Melalui pendapat Ibnu
Kathir,nama nabi Jeremiah yang sebenar ialah Armia b Hilqiya. Nabi ini
diutuskan oleh Allah kepada Bani Israil di Jurusalem pada fasa dia antara Nabi
Daud dan Nabi Zakaria.
Beliau dipenjarakan oleh kerajaan Bani Israel di Jurusalem kerana beliau menyuruh mengesakan Allah. Beliau diseksa dan dipenjarakan dengan teruk. Di dalam penjara,beliau telah berdoa kepada Allah agar diberikan pengajaran kepada mereka. Allah memakbulkan doa Nabi Jeremiah itu dan Allah mengutuskan Tentera daripada Babilon dan Assyria untuk menghancurkan kerajaan Israil.
Kisah mengenai Nabi Jeremiah
A.S.
Semasa masih muda, Jeremiah
memulakan tugas-tugas kenabiannya kira-kira pada akhir dari abad ke tujuh
sebelum Masihi, ketika Kerajaan Judah dalam bahaya besar penyerbuan oleh
tentera dari Chaldea. Orang-orang Yahudi telah bersekutu dengan Firaun dari
Mesir, tetapi kerana Firaun ini telah mengalami kekalahan buruk dari tentera
Nebukadnezar, maka nasib buruk Jerusalem adalah hanya tinggal waktu saja. Dalam
hari-hari yang sukar itu, selama mana nasib dari tinggalan para hamba Allah
akan ditentukan, Nabi Jeremiah dengan semangatnya memberi nasihat kepada raja dan
para pemimpin orang-orang Yahudi untuk menyerah dan mengabdi pada Raja Babilon,
supaya Jerusalem dapat diselamatkan daripada dibakar habis menjadi abu serta
orang-orang Yahudi diselamatkan daripada menjadi sebagai orang tawanan. Beliau
mencurahkan semua ceramahnya yang lantang dan berapi-api ke telinga raja-raja,
pendeta-pendeta, dan ketua-ketua masyarakat, tetapi semua hanya sia-sia. Beliau
menyampaikan firman demi firman Tuhan dengan mengatakan bahawa satu-satunya
jalan menyelamatkan negeri dan penduduknya dari kemusnahan yang teruk ialah
menyerah kepada orang-orang Chaldea; namun tiada seorang pun sudi mendengar
peringatan itu.
Nabi Jeremiah A.S. diseksa dalam tahanan
Nebukadnezar datang dan mengambil
alih kota, membawa pergi rajanya, para pembesar serta banyak tawanan. Demikian
pula seluruh kekayaan dari kuil termasuk bejana-bejana emas dan perak. Seorang
pembesar lain, pembesar yang ketiga, diangkat oleh Kaisar Babilon untuk
memerintah sebagai budaknya di Jerusalem. Raja ini, bukannya menjadi bijak dan
setia kepada penguasa Babilon tetapi bahkan memberontak terhadapnya. Tanpa
henti Jeremiah menasihati raja untuk tetap setia dan meninggalkan kebijakan
(persekutuan dengan) Mesir. Namun nabi-nabi palsu terus saja berceramah dengan
lantang di kuil dengan berkata: "Demikianlah Tuhan Rumah Allah itu
berfirman, Lihatlah, Aku telah mematahkan simpul Raja Babilon, dan dalam waktu
dua tahun semua tawanan orang Yahudi dan bejana-bejana Rumah Tuhan akan
dikembalikan ke Jerusalem." Jeremiah membuat simpul dari kayu dan
dikalungkan di lehernya dan pergi ke kuil serta memberi tahu orang-orang bahawa
Tuhan telah berasa senang meletakkan simpul raja Babilon seperti ini pada leher
semua orang Yahudi. Beliau dipukul mukanya oleh salah satu nabi palsu
(lawannya) yang mematahkan simpul kayu itu dari leher Jeremiah serta mengulangi
lagi ceramah dengan lantang dari nabi-nabi palsu. Jeremiah dimasukkan ke dalam
sel yang penuh dengan lumpur, dan hanya diberi makan dengan sekeping roti
kering yang dibuat daripada barli setiap hari hingga terjadi kelaparan di kota
itu, yang diserang oleh orang-orang Chaldea. Nabi palsu (Hananiah) meninggal
seperti diramalkan oleh Jeremiah. Dinding kota itu diruntuhkan di suatu tempat
dan tentera yang menang itu menyerbu masuk kota, Raja Zedekiah yang melarikan
diri dan orang-orang yang besertanya ditangkap dan dibawa ke raja Babilon. Kota
dan kuil itu sesudah dijarah lalu dibakar dan semua penduduk Jerusalem dibawa
pergi ke Babilon; hanya orang dari kelas miskin yang ditinggalkan untuk
mengusahakan tanah. Atas perintah Nebukadnezar, Jeremiah diizinkan tinggal di
Jerusalem dan gabernor yang baru diangkat yang bernama Gedalliah diberi tugas
untuk menjaga dan mengurus nabi itu. Tetapi Gedalliah telah dibunuh oleh orang
Yahudi yang memberontak dan mereka kemudian lari ke Mesir dengan membawa
Jeremiah beserta mereka. Bahkan di Mesir pun beliau meramal hal-hal yang
bertentangan dengan kepentingan para pelarian dan orang-orang Mesir. Beliau
pastilah sudah mengakhiri hidupnya di Mesir.
Sumber : Sumber : https://bambangbelajar.wordpress.com/2013/07/14/kisah-16-nabi-selain-25-rasul-yang-wajib-diketahui/comment-page-1/
Tidak ada komentar:
Posting Komentar