“Tiadalah Kami mengutus engkau
(wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi Rahmat bagi sekalian alam.”
(Quran s. al- Anbiya : 107)
Peribadi Nabi Muhammad s.a.w.
sungguh menarik hati seluruh manusia yang mengakui kebenaran, keperibadian
Rasulallah jelas diterangkan dalam al-Quran antaranya Allah berfirman yang
bermaksud:
“Maka disebabkan rahmat dari Allah
(kepadamu Muhammad s.a.w) , engkau telah bersikap lemah lembut kepada mereka.
Kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka akan menjauhkan
diri dari kamu. Oleh itu ma’afkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka
lakukan terhadap engkau, dan mohonlah keampunan bagi mereka, dan juga
bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan (permasaalahan keduniaan) itu.
Kemudian setelah engkau berazam (untuk membuat sesuatu) maka bertawakkallah
kepada Allah. Sesungguhnya Allah mencintai orang yang bertawakkal kepadaNya.
(al-Quran s. Ali Imran: 159)
Ini salah satu sifat terpuji dari
peribadi Nabi Muhammad s.a.w. diantara banyak lagi sifat terpuji yang dimiliki
oleh Rasulallah s.a.w., sehingga menyebabkan baginda Nabi s.a.w. telah dapat
membawa suatu perubahan yang luar biasa terhadap masyarakat ummat manusia,
khasnya masyarakat Arab di zaman jahiliah
Kebiasaannya
Telah dikeluarkan oleh Ya’kub bin
Sufyan Al-Faswi dari Al-Hasan bin Ali ra. katanya: Pernah aku menanyai bapa
saudaraku (dari sebelah ibu) Hind bin Abu Halah, dan aku tahu dia memang sangat
pandai mensifatkan perilaku Rasulullah SAW, padahal aku ingin sekali untuk disifatkan
kepadaku sesuatu dari sifat beliau yang dapat aku mencontohinya, maka dia
berkata : Adalah Rasulullah SAW itu kelihatannya seperti orang yang selalu
bersedih, senantiasa banyak berfikir, tidak pernah beristirehat panjang, tidak
berbicara bila tidak ada keperluan, banyak diamnya, memulakan bicara dan
menghabiskannya dengan sepenuh mulutnva, kata-katanya penuh mutiara mauti
manikam, satu-satu kalimatnya, tidak berlebih-lebihan atau berkurang-kurangan,
lemah lembut tidak terlalu kasar atau menghina diri, senantiasa membesarkan
nikmat walaupun kecil, tidak pernah mencela nikmat apa pun atau terlalu
memujinya, tiada seorang dapat meredakan marahnya, apabila sesuatu dari
kebenaran dihinakan sehingga dia dapat membelanya.
Dalam riwayat lain, dikatakan bahawa
dia tidak menjadi marah kerana sesuatu urusan dunia atau apa-apa yang bertalian
dengannya, tetapi apabila dia melihat kebenaran itu dihinakan, tiada seorang
yang dapat melebihi marahnya, sehingga dia dapat membela kerananya. Dia tidak
pernah marah untuk dirinya, atau membela sesuatu untuk kepentingan dirinya,
bila mengisyarat diisyaratkan dengan semua telapak tangannya, dan bila dia
merasa takjub dibalikkan telapak tangannya, dan bila berbicara dikumpulkan
tangannya dengan menumpukan telapak tangannya yang kanan pada ibu jari tangan
kirinya, dan bila dia marah dia terus berpaling dari arah yang menyebabkan ia
marah, dan bila dia gembira dipejamkan matanya, kebanyakan ketawanya ialah
dengan tersenyum, dan bila dia ketawa, dia ketawa seperti embun yang dingin.
Berkata Al-Hasan lagi: Semua
sifat-sifat ini aku simpan dalam diriku lama juga. Kemudian aku berbicara
mengenainya kepada Al-Husain bin Ali, dan aku dapati ianya sudah terlebih
dahulu menanyakan bapa saudaraku tentang apa yang aku tanyakan itu. Dan dia
juga telah menanyakan ayahku (Ali bin Abu Thalib ra.) tentang cara keluar
beliau dan masuk beliau, tentang cara duduknya, malah tentang segala sesuatu
mengenai Rasulullah SAW itu.
Keadaannya di rumah
Berkata Al-Hasan ra. lagi: Aku juga
pernah menanyakan ayahku tentang masuknya Rasulullah SAW lalu dia menjawab:
Masuknya ke dalam rumahnya bila sudah diizinkan khusus baginya, dan apabila dia
berada di dalam rumahnya dibahagikan masanya tiga bahagian. Satu bahagian
khusus untuk Allah ta’ala, satu bahagian untuk isteri-isterinya, dan satu
bahagian lagi untuk dirinya sendiri. Kemudian dijadikan bahagian untuk dirinya
itu terpenuh dengan urusan di antaranya dengan manusia, dihabiskan waktunya itu
untuk melayani semua orang yang awam mahupun yang khusus, tiada seorang pun
dibezakan dari yang lain. Di antara tabiatnya ketika melayani ummat, dia selalu
memberikan perhatiannya kepada orang-orang yang terutama untuk dididiknya,
dilayani mereka menurut kelebihan diri masing-masing dalam agama.
Ada yang keperluannya satu ada yang
dua, dan ada yang lebih dari itu, maka dia akan duduk dengan mereka dan
melayani semua urusan mereka yang berkaitan dengan diri mereka sendiri dan
kepentingan ummat secara umum, cuba menunjuki mereka apa yang perlu dan
memberitahu mereka apa yang patut dilakukan untuk kepentingan semua orang
dengan mengingatkan pula: “Hendaklah siapa yang hadir menyampaikan kepada siapa
yang tidak hadir. Jangan lupa menyampaikan kepadaku keperluan orang yang tidak
dapat menyampaikannya sendiri, sebab sesiapa yang menyampaikan keperluan orang
yang tidak dapat menyampaikan keperluannya sendiri kepada seorang penguasa,
nescaya Allah SWT akan menetapkan kedua tumitnya di hari kiamat”, tiada
disebutkan di situ hanya hal-hal yang seumpama itu saja. Dia tidak menerima dari
bicara yang lain kecuali sesuatu untuk maslahat ummatnya. Mereka datang
kepadanya sebagai orang-orang yang berziarah, namun mereka tiada meninggalkan
tempat melainkan dengan berisi. Dalam riwayat lain mereka tiada berpisah
melainkan sesudah mengumpul banyak faedah, dan mereka keluar dari majlisnya
sebagai orang yang ahli dalam hal-ehwal agamanya.
Keadaannya di luar rumah
Berkata Al-Hasan r.a. lagi: Kemudian
saya bertanya tentang keadaannya di luar, dan apa yang dibuatnya? Jawabnya:
Adalah Rasulullah SAW ketika di luar, senantiasa mengunci lidahnya, kecuali
jika memang ada kepentingan untuk ummatnya. Dia selalu beramah-tamah kepada
mereka, dan tidak kasar dalam bicaranya. Dia senantiasa memuliakan ketua setiap
suku dan kaum dan meletakkan masing-masing di tempatnya yang layak.
Kadang-kadang dia mengingatkan orang ramai, tetapi dia senantiasa menjaga hati
mereka agar tidak dinampakkan pada mereka selain mukanya yang manis dan
akhlaknya yang mulia.
Dia selalu menanyakan
sahabat-sahabatnya bila mereka tidak datang, dan selalu bertanyakan berita
orang ramai dan apa yang ditanggunginya. Mana yang baik dipuji dan dianjurkan,
dan mana yang buruk dicela dan dicegahkan. Dia senantiasa bersikap pertengahan
dalam segala perkara, tidak banyak membantah, tidak pernah lalai supaya mereka
juga tidak suka lalai atau menyeleweng, semua perkaranya baik dan terjaga,
tidak pernah meremehkan atau menyeleweng dari kebenaran, orang-orang yang
senantiasa mendampinginya ialah orang-orang paling baik kelakuannya, yang
dipandang utama di sampingnya, yang paling banyak dapat memberi nasihat, yang
paling tinggi kedudukannya, yang paling bersedia untuk berkorban dan membantu
dalam apa keadaan sekalipun.
Majlisnya
Berkata Al-Hasan ra. lagi: Saya lalu
bertanya pula tentang majlis Nabi SAW dan bagaimana caranya ? Jawabnya: Bahawa
Rasulullah SAW tidak duduk dalam sesuatu majlis, atau bangun daripadanya,
melainkan dia berzikir kepada Allah SWT Dia tidak pernah memilih tempat yang
tertentu, dan melarang orang meminta ditempatkan di suatu tempat yang tertentu.
Apabila dia sampai kepada sesuatu tempat, di situlah dia duduk sehingga selesai
majlis itu dan dia menyuruh membuat seperti itu. Bila berhadapan dengan orang
ramai diberikan pandangannya kepada semua orang dengan sama rata, sehingga
orang-orang yang berada di majlisnya itu merasa tiada seorang pun yang
diberikan penghormatan lebih darinya.
Bila ada orang yang datang kepadanya
kerana sesuatu keperluan, atau sesuatu maslahat, dia terus melayaninya dengan
penuh kesabaran hinggalah orang itu bangun dan kembali. Dia tidak pemah
menghampakan orang yang meminta daripadanya sesuatu keperluan, jika ada
diberikan kepadanya, dan jika tidak ada dijawabnya dengan kata-kata yang tidak
mengecewakan hatinya. Budi pekertinya sangat baik, dan perilakunya sungguh
bijak. Dia dianggap semua orang seperti ayah, dan mereka dipandang di sisinya
semuanya sama dalam hal kebenaran , tidak berat sebelah. Majlisnya semuanya
ramah-tamah, segan-silu, sabar menunggu, amanah, tidak pemah terdengar suara
yang tinggi, tidak dibuat padanya segala yang dilarangi, tidak disebut yang
jijik dan buruk, semua orang sama kecuali dengan kelebihan taqwa, semuanya
merendah diri, yang tua dihormati yang muda, dan yang muda dirahmati yang tua,
yang perlu selalu diutamakan, yang asing selalu didahulukan.
Ketika bersama sahabat-sahabatnya
Berkata Al-Hasan ra. lagi: Saya pun
lalu menanyakan tentang kelakuan Rasulullah SAW pada orang-orang yang selalu
duduk-duduk bersama-sama dengannya? Jawabnya: Adalah Rasulullah SAW selalu
periang orangnya, pekertinya mudah dilayan, seialu berlemah-lembut, tidak keras
atau bengis, tidak kasar atau suka berteriak-teriak, kata-katanya tidak kotor,
tidak banyak bergurau atau beromong kosong segera melupakan apa yang tiada
disukainya, tidak pernah mengecewakan orang yang berharap kepadanya, tidak suka
menjadikan orang berputus asa. Sangat jelas dalam perilakunya tiga perkara yang
berikut. Dia tidak suka mencela orang dan memburukkannya. Dia tidak suka
mencari-cari keaiban orang dan tidak berbicara mengenai seseorang kecuali yang
mendatangkan faedah dan menghasilkan pahala.
Apabila dia berbicara, semua orang
yang berada dalam majlisnya memerhatikannya dengan tekun seolah-olah burung
sedang tertengger di atas kepala mereka. Bila dia berhenti berbicara, mereka
baru mula berbicara, dan bila dia berbicara pula, semua mereka berdiam seribu
bahasa. Mereka tidak pernah bertengkar di hadapannya. Dia tertawa bila
dilihatnya mereka tertawa, dan dia merasa takjub bila mereka merasa takjub. Dia
selalu bersabar bila didatangi orang badwi yang seringkali bersifat kasar dan
suka mendesak ketika meminta sesuatu daripadanya tanpa mahu mengalah atau
menunggu, sehingga terkadang para sahabatnya merasa jengkel dan kurang senang,
tetapi dia tetap menyabarkan mereka dengan berkata: “Jika kamu dapati seseorang
yang perlu datang, hendaklah kamu menolongnya dan jangan mengherdiknya!”. Dia
juga tidak mengharapkan pujian daripada siapa yang ditolongnya, dan kalau
mereka mahu memujinya pun, dia tidak menggalakkan untuk berbuat begitu. Dia
tidak pernah memotong bicara sesiapa pun sehingga orang itu habis berbicara,
lalu barulah dia berbicara, atau dia menjauh dari tempat itu.
Ketika diamnya
Berkata Al-Hasan r.a. lagi: Saya pun
menanyakan pula tentang diamnya, bagaimana pula keadaannya? Jawabnya: Diam Rasulullah
SAW bergantung kepada mempertimbangkan empat hal, iaitu: Kerana adab sopan
santun, kerana berhati-hati, kerana mempertimbangkan sesuatu di antara manusia,
dan kerana bertafakkur. Adapun sebab pertimbangannya ialah kerana persamaannya
dalam pandangan dan pendengaran di antara manusia. Adapun tentang tafakkurnya
ialah pada apa yang kekal dan yang binasa. Dan terkumpul pula dalam peribadinya
sifat-sifat kesantunan dan kesabaran.
Tidak ada sesuatu yang boleh
menyebabkan dia menjadi marah, ataupun menjadikannya membenci. Dan terkumpul
dalam peribadinya sifat berhati-hati dalam empat perkara, iaitu: Suka membuat
yang baik-baik dan melaksanakannya untuk kepentingan ummat dalam hal-ehwal
mereka yang berkaitan dengan dunia mahupun akhirat, agar dapat dicontohi oleh
yang lain. Dia meninggalkan yang buruk, agar dijauhi dan tidak dibuat oleh yang
lain. Bersungguh-sungguh mencari jalan yang baik untuk maslahat ummatnya, dan
melakukan apa yang dapat mendatangkan manfaat buat ummatnya, baik buat dunia
ataupun buat akhirat
1.
Beliau biasanya memaafkan musuh dan
para sahabat-sahabatnya yang menyakitinya. Di perang Uhud beliau berdoa untuk
kaum kafir yang menyebabkan mulutnya berdarah “Ya Allah maafkan mereka yang
tidak tahu”
2.
Beliau sangat penyantun. Beliau
biasa memberi minum hewan piaraanya dengan ember dan menunggunya hingga
selesai. Beliau membersihkan wajah dan mata kuda tungganganya.
3.
Ketika dipanggil, beliau menjawab
dengan berkata “labaik” (ya!) Beliau tidak pernah melangkahi orang lain. Beliau
biasa duduk di kedua kakinya. Ketika menunggang hewan dan melihat ada orang
yang berjalan, beliau mengajak orang itu menumpang di hewan tunggangannya.
4.
Beliau tidak memandang dirinya
memiliki kelebihan dibanding lainnya. Ketika sedang berada dalam sebuah
perjalanan bersama sahabat-sahabatnya mereka bermaksud memasak seekor kambing.
Salah seorang di antara mereka memberikan kambingnya. Ada yang menawarkan diri
mengulitinya. Ada yang menawarkan sebagai juru masak. Rasulullah SAW kemudian
menawarkan dirinya mencari kayu bakar. Para sahabat berkata “Ya Rasulullah Anda
duduk sajalah. Kami yang akan mencari kayunya.” Beliau menjawab “ya! saya tahu
Anda semua siap melakukannya. Tetapi saya tidak ingin duduk-duduk saja
sementara yang lain bekerja. Allah tidak suka kalau ada yang duduk-duduk saja
sedang yang lain bekerja. ” Beliau lalu berdiri dan pergi mencari kayu bakar.
5. Ketika beliau mengunjungi
sahabat-sahabatnya beliau tidak selalu duduk di bagian depan. Beliau mencari
tempat yang kosong. Ketika beliau datang, sahabat-sahabatnya cepat-cepat
berdiri. Beliau berujar “janganlah kalian berdiri untuk menghormatiku
bersikaplah biasa seperti ketika kalian kedatangan orang lain. Saya seperti
orang lain. Saya makan seperti yang lainnya. Sayapun duduk kalau lelah.”
6.
Seringkali nabi duduk di kedua
lututnya. Beliau juga pernah berdiri menggunakan lututnya ketika memeluk
menyambut sahabat-sahabatnya. Beliau tidak pernah membedakan makanan untuknya
dan para pembantunya, demikian juga dalam hal berpakaian. Beliau sering
membantu pelayannya menyelesaikan pekerjaan. Beliau tidak pernah menyumpahi
atau menyakiti orang lain. Anas bin Malik, yang setia melayaninya berkata, “aku
menjadi pelayan Rasulullah selama 10 tahun. Beliau membantuku lebih sering
dibanding aku membantunya. Beliau tidak pernah memarahiku. Beliau tidak pernah
berkata kasar kepadaku.”
7.
Beliau suka menambal sendiri
pakaiannya yang sobek, memerah susu kambingnya, dan memberi minum hewan
piaraannya. Beliau sering membawa barang-barang belanjaan sendiri ke rumahnya.
Dalam perjalanan, beliau sering memberi makan hewan tunggangannya.
Kadang-kadang beliau melakukannya sendiri dan kadang-kadang dilakukan oleh
pelayannya.
8.
Ketika beliau dipanggil dengan
sebutan pelayan oleh seorang pelayan, sebuah kebiasaan di Madinah, beliau lalu
berjalan dengan pelayan itu beriringan.
9.
Beliau sering mengunjungi orang yang
sakit dan menghadiri pemakamannya. Untuk menggembirakan hati si sakit, beliau
mengunjunginya meskipun si sakit kafir atau munafik.
10.
Setelah beliau melaksanakan sholat
subuh di Masjid, beliau menghampiri para sahabatnya sambil berkata: “Adakah
yang sakit? Bila ada mari kita mengunjunginya.” Kemudian beliau juga
berkata:”adakah yang meninggal?Bila ada mari kita membantunya.”Kemudian beliau
sering juga berkata:”adakah di antara kalian yang bermimpi sesuatu? Bila ada
mari kita tafsirkan mimpinya.” Bila ada yang meninggal beliau membantu
menyiapkan pemakamnnya dan menyolatkannya serta menghadiri pemakamannya.
11.
Ketika beliau tidak melihat
sahabat-sahabatnya selama tiga hari beliau akan menanyaknnya. Bila sahabatnya
itu sedang bepergian beliau mendoakannya, atau bila sahabatnya ada di kotanya
beliau akan mengunjunginya.
12.
Beliau selalu mendahului menyambut
orang lain yang dijumpainya.
13.
Beliau suka mengendarai unta,
keledai, dan kadang-kadang mengajak orang lain menunggang bersamanya.
14.
Beliau suka melayani tamunya dan
para sahabatnya dan beliau menyatakan: “orang yang paling dekat dengan
masyaraktnya adalah orang yang selalu melayani orang lain.”
15.
Tidak seorang pun pernah menyaksikan
beliau tertawa terbahak-bahak. Beliau suka tersenyum kecil. Kadang-kadang gigi
depannya tampak ketika beliau tertawa.
16.
Beliau selalu tampak hati-hati dan
cermat. Beliau suka berbicara pelan-pelan. Beliau biasa memulai pembicaraan
dengan senyum.
17.
Beliau tidak pernah berbicara yang
mubazir atau tanpa keperluan. Bila beliau memerlukan sesuatu beliau akan
berbicara dengan singkat dan jelas. Terkadang beliau mengulangi pembicaraan
sampai tiga kali agar bisa dipahami.
18.
Beliau biasa bercanda dengan
orang-orang asing, orang yang pernah dikenalnya, anak-anak, wanita tua, dan
wanita yang menjadi mahramnya (yang tidak boleh dinikahi). Namun demikian, hal
itu tidak membuatnya lupa kepada Allah.
19.
Tak seorang pun sanggup melihatnya
berlama-lama karena kemulyaannya. Bila seseorang melihatnya, ia pasti mulai
berkeringat. Beliau sering berkata janganlah engkau ..dirimu! saya bukanlah
raja. Saya bukanlah penjahat. Saya adalah anak dari seorang wanita dan saya
juga makan daging kering.” Sehingga orang lain hilang kekuatirannya dan
menjelaskan masalah yang dihadapinya.
20.
Beliau tidak memiliki pengawal atau
penjaga. Setiap orang dapat menemuinya dan mengutarakan masalahnya.
21.
Beliau sangat pemalu. Beliau biasa
memperhatikan wajah orang yang mengajaknya berbicara.
22.
Beliau tidak pernah mempermalukan
orang akibat kesalahannya. Beliau tidak pernah mengeluhkan orang lain. Kalau
beliau tidak senang dengan kata-kata atau perbuatan orang lain maka beliau
berkata: “heran koq ada orang yang kelakuannya seperti itu.”
23.
Meskipun beliau orang yang memiliki
keutamaan, beliau berkata: “Di antara kalian akulah orang yang paling paham
tentang Allah dan paling takut kepada-Nya. Bila kalian tahu apa yang aku
ketahui maka kalian akan sedikit tertawa dan banyak menangis.”
24.
Hatinya sangat mulya dan memiliki
keberanian. Di perang Hunain, banyak tentara Muslim lari mengumpulkan harta
rampasan perang. Akibatnya di sekitar beliau hanya tinggal beberapa orang saja.
Selanjutnya pasukan musuh menyerang secara tiba-tiba dan mereka mengelilingi
Rasulullah. Namun Rasululllah tidak bias ditaklukan.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar