Suatu ketika tatkala Rasulullah s.a.w. sedang bersiap di medan perang
Uhud, tiba-tiba terjadi hal yang tidak terduga. Seorang lelaki yang bernama
Amar bin Thabit telah datang menemui Baginda
s.a.w.. Dia rupanya ingin masuk Islam dan akan ikut perang bersama Rasulullah s.a.w. Amar ini berasal dari Bani
Asyahali. Sekalian kaumnya ketika itu sudah Islam setelah tokoh yang terkenal
Saad bin Muaz memeluk Islam. Tetapi Amar ini enggan mengikut kaumnya yang ramai
itu. Keangkuhan jahiliyyah menonjol dalam jiwanya, walaupun dia orang baik
dalam pergaulan. Waktu kaumnya menyerunya kepada Islam, ia menjawab,
"Kalau aku tahu kebenaran yang aku kemukakan itu sudah pasti aku tidak
akan mengikutnya." Demikian angkuhnya Amar.
Kaum Muslimin di Madinah pun mengetahui bagaimana
keanehan Amar di tengah-tengah kaumnya yang sudah memeluk Islam. Ia terasing
sendirian, hatinya sudah tertutup untuk menerima cahaya Islam yang terang
benderang. Kini dalam saat orang bersiap-siap akan maju ke medan perang, dia
segera menemui Rasulullah
s.a.w. , menyatakan dirinya
akan masuk Islam malah akan ikut berperang bersama angkatan perang di bawah
pimpinan Rasulullah s.a.w. . Pedangnya yang tajam ikut
dibawanya.
Rasulullah s.a.w. menyambut kedatangan Amar dengan
sangat gembira, tambah pula rela akan maju bersama Nabi Muhammad s.a.w.. Tetapi
orang ramai tidak mengetahui peristiwa aneh ini, kerana masing-masing sibuk
menyiapkan bekalan peperangan. Di kalangan kaumnya juga tidak ramai mengetahui
keIslamannya. Bagaimana Amar maju sebagai mujahid di medan peperangan. Dalam
perang Uhud yang hebat itu Amar memperlihatkan keberaniannya yang luar biasa.
Malah berkali-kali pedang musuh mengenai dirinya, tidak dipedulikannya. Bahkan
dia terus maju sampai saatnya dia jatuh pengsan.
"Untuk apa ikut ke mari ya Amar?"
Demikian tanya orang yang hairan melihatnya, sebab sangka mereka dia masih
musyrik. Mereka kira Amar ini masih belum Islam lalau mengikut sahaja pada
orang ramai. Dalam keadaan antara hidup dan mati itu Amar lalu berkata,
"Aku sudah beriman kepada Allah
s.w.t. dan Rasul-Nya,
lalu aku siapkan pedangku dan maju ke medan perang. Allah s.w.t. akan memberikan syahidah padaku
dalam waktu yang tidak lama lagi." Amar meninggal. Rohnya mengadap ke
hadrat Illahi sebagai pahlawan syahid. Waktu hal ini
diketahui Rasulullah s.a.w. , maka Baginda s.a.w. pun bersabda,: "Amar itu nanti akan berada
dalam syurga nantinya." Dan
kaum Muslimin pun mengetahui akhir hayat Amar dengan penuh takjub, sebab di
luar dugaan mereka. Malah Abu Hurairah r.a sahabat yang banyak mengetahui
hadith Rasulullah s.a.w. berkata kaum Muslimin, "Cuba
kamu kemukakan kepadaku seorang yang masuk syurga sedang dia tidak pernah
bersyarat sekalipun juga terhadap Allah
s.w.t.."
"Jika kamu tidak tahu orangnya." Kata
Abu Hurairah r.a lagi, lalu ia pun menyambung, ujarnya, "Maka baiklah aku
beritahukan, itulah dia Amar bin Thabit." Demikianlah kisah seorang
yang ajaib, masuk syurga demikian indahnya. Ia tidak pernah solat, puasa dan
lain-lainnya seperti para sahabat yang lain, sebab dia belum memeluk Islam.
Tiba-tiba melihat persiapan yang hebat itu, hatinya tergerak memeluk Islam
sehingga ia menemui Rasulullah
s.a.w.. Ia menjadi Muslim, lalu maju ke medan perang, sebagai mujahid yang
berani. Akhirnya tewas dia dengan mendapat syahadah iaitu pengakuan sebagai
orang yang syahid. Mati membela agama Allah
s.w.t. di medan perang. Maka
syurgalah tempat bagi orang yang memiliki julukan syahid. Rasulullah s.a.w. menjamin syurga bagi orang seperti
Amar ini.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar