Hagai
(bahasa Ibrani: חַגַּי, Ḥaggai atau "Hag-i") adalah salah seorang
dari dua belas nabi-nabi kecil dan penulis Kitab Hagai. Beliau adalah nabi
pertama dari tiga nabi (bersama Nabi Zakaria yang hidup sezaman dengannya dan
Malakhi yang hidup sekitar seratus tahun kemudian) yang hidup pada zaman
sejarah Yahudi yang bermula setelah kepulangan mereka dari pembuangan di
Babylon.
Tidak banyak yang diketahui tentang kehidupan peribadinya. Beliau mungkin adalah salah seorang daripada mereka yang dibuang ke Babel oleh Nebuchadnezar. Beliau memulakan tugas kenabiannya sekitar 16 tahun setelah kepulangan kembali orang Yahudi ke Yehuda. Usaha pembangunan kembali Bait Suci telah dihentikan kerana gangguan-gangguan orang Samaria. Setelah ditunda selama 15 tahun, pekerjaan itu dilanjutkan kembali melalui usaha Hagai dan Zakaria (Ezra 6:14). Mereka mengimbau rakyat dan membangkitkan mereka daripada kemalasan dan mendorong mereka untuk memanfaatkan perubahan dalam kebijaksanaan yang diambil oleh pemerintah Parsi di bawah Darius I dari Parsi.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar