Maleakhi atau Mal'akhi yang
bermaksud "Utusan/Malaikatku" adalah seorang nabi dalam Alkitab,
Perjanjian Lama umat Kristian dan Tanakh bagi umat Yahudi.
Malakhi adalah nabi terakhir dalam
12 nabi-nabi kecil dan penulis Kitab Maleakhi, kitab terakhir dalam Perjanjian
Lama (Mal. 4:4-6) edisi Kristian, dan merupakan kitab terakhir dalam kumpulan
Nevi'im (nabi-nabi) dalam Tanakh Yahudi.
NABI MUHAMAD DALAM KITAB NABI MALAKHI
Di dalam kitab Nabi Malakhi ada
dinyatakan mengenai Nabi akhir zaman iaitu Nabi Muhammad S.A.W. pada fasal 3
:1: 2 yang dinyatakan seperti berikut : "Bahawasanya Aku menyuruh utusanku
yang menyediakan jalan dihadapan hadirat-Ku dan dengan segera akan datang
kepada kaabahnya, Tuhan yang kamu rindukan itu. Bahawasanya ia akan datang,
demikianlah firman Tuhan sarwa sekalian alam. Tetapi siapakah gerangan akan
menderita hari kedatangannya? Dan siapa tahan berdiri apabila kelihatanlah dia?
Kerana iapun akan seperti api pandai emas dan akan seperti sabun binara."
"Akan datang seorang utusan," yang seperti nyala api dan sabun
binara. Kedatangannya dengan membawa anasir-anasir yang panas, keras seperti
sabun binara. Ia tidak datang seperti Yesus (Isa) yang lembut dan "sunyi
senyapnya." Iapun tidak bersikap selemah lembut Yesus, yang mengasuh umat
seperti seekor induk ayam mengumpulkan dan menaungi anak-anaknya. Alangkah
penyabarnya Yesus ini. Tetapi akan orang yang datang sesudah Yesus itu dengan
panas seperti panasnya api pandai emas jua ia membakar bumi Arabia bahkan sampai
ke hujung Hispanola (Spanyol) dengan seruan jihadnya yang sangat menggetarkan
hati lawannya: "Allahu Akhbar."
Apa yang dapat disimpulkan di sini ialah kedatangan Nabi Muhammad S.A.W. memang sudah diramalkan akan berlaku dan baginda akan menyebarkan agama yang cukup lengkap dan sempurna yakni Islam keseluruh dunia bermula dari Tanah Arab hinggalah ke seluruh dunia bahkan yang dikatakan hingga ke Sepanyol itu telah pun berlaku apabila panglima Tariq bin Ziyad telah berjaya menawan Sepanyol ataupun Al Andalus melalui peperangan jihad dan seterusnya menyebarkan Islam di wilayah terbabit. Dan memang benar bahawa seruan Takbir yang dilaungkan oleh para pejuang Islam telah menggetarkan hati musuh-musuh Islam terutamanya dalam setiap peperangan jihad.
Nabi malakhi apa ada dlm islam? Ko kesan nya kaya nabi nya orang kristen?
BalasHapus