Zulkarnain secara harfiahnya
bermaksud "Dia yang Bertanduk Dua", merupakan satu tokoh yang
disebutkan di dalam Qur'an, iaitu kitab suci Islam yang menyatakan beliau
sebagai pemerintah yang hebat dan adil yang membina tembok pengantara Yakjuj
dan Makjuj dari menyerang orang yang di Barat. Mengikut sejarah, Zulkarnain
dikatakan sebagai Iskandar Agung (Alexander dari Macedonia) tetapi ia hanyalah
pendapat paling sekular dan disangkal sendiri oleh para ulama dan sarjana Islam
yang mengatakan Zulkarnain adalah Cyrus Agung. Gelaran tersebut turut terkenal
di kalangan masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam yang boleh dikatakan telah
digunakan sekurang-kurangnya tiga orang raja yang berbeda.
Timbulnya persoalan
Persoalan tentang Zulkarnain
tercatat dalam sirah nabawiyah (sejarah Nabi) dan tertulis dalam sirah Ibnu
Ishaq yang menceritakan bahawa musyrikin Makkah meminta bantuan Yahudi Khaibar
untuk mencari kelemahan Muhammad S.A.W. Ketika Nadr mengatakan hal tersebut
kepada mereka, mereka mengirim dia dan Uqbah bin Abu Muit kepada rabai Yahudi
di Madinah. Untuk membuktikan kenabian, rabai tersebut akan mengajukan tiga
soalan yang sekiranya dijawab dengan betul, maka itu membuktikan akan baginda
seorang nabi dan begitu juga sebaliknya. Persoalan yang ditanyakan ialah:
1.Tentang beberapa anak muda di
zaman dahulu yang ceritanya amat pelik dan menakjubkan.
2.Tentang seorang lelaki yang merupakan pengembara hebat yang telah sampai ke timur dan barat.
3.Tentang Roh.
2.Tentang seorang lelaki yang merupakan pengembara hebat yang telah sampai ke timur dan barat.
3.Tentang Roh.
Baginda Muhammad s.a.w. meminta masa
untuk menjawabnya dan selepas diturunkan wahyu, semuanya telah terjawab melalui
surah al-Kahfi.
Sedutan Quran
Berikut merupakan petikan tafsir
dari surah al-Kahfi yang menceritakan tentang Zulkarnain.
83 Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai Zulkarnain. Katakanlah: Aku akan bacakan kepada kamu (wahyu dari Allah yang menerangkan) sedikit tentang perihalnya.
84 Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadanya kekuasaan memerintah di bumi dan Kami beri kepadanya jalan bagi menjayakan tiap-tiap sesuatu yang diperlukannya.
83 Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai Zulkarnain. Katakanlah: Aku akan bacakan kepada kamu (wahyu dari Allah yang menerangkan) sedikit tentang perihalnya.
84 Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadanya kekuasaan memerintah di bumi dan Kami beri kepadanya jalan bagi menjayakan tiap-tiap sesuatu yang diperlukannya.
85 Lalu dia menurut jalan (yang
menyampaikan maksudnya).
86 Sehingga apabila dia sampai ke
daerah matahari terbenam, dia mendapatinya terbenam di sebuah mata air yang
hitam berlumpur dan dia dapati di sisinya satu kaum (yang kufur ingkar). Kami
berfirman (dengan mengilhamkan kepadanya): Wahai Zulkarnain! Pilihlah samada
engkau hendak menyeksa mereka atau engkau bertindak secara baik terhadap
mereka.
87 Dia berkata: Adapun orang yang
melakukan kezaliman (kufur derhaka), maka kami akan menyeksanya; kemudian dia
akan dikembalikan kepada Tuhannya, lalu diazabkannya dengan azab seksa yang
seburuk-buruknya.
88 Adapun orang yang beriman serta
beramal soleh, maka baginya balasan yang sebaik-baiknya; dan kami akan
perintahkan kepadanya perintah-perintah kami yang tidak memberati.
89 Kemudian dia berpatah balik
menurut jalan yang lain.
90 Sehingga apabila dia sampai di
daerah matahari terbit, dia mendapatinya terbit kepada suatu kaum yang kami
tidak menjadikan bagi mereka sebarang perlindungan daripadanya.
91 Demikianlah halnya dan
sesungguhnya Kami mengetahui secara meliputi akan segala yang ada padanya.
92 kemudian dia berpatah balik
menurut jalan yang lain.
93 Sehingga apabila dia sampai di
antara dua gunung, dia dapati di sisinya satu kaum yang hampir-hampir mereka
tidak dapat memahami perkataan.
94 Mereka berkata: Wahai Zulkarnain,
sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh
itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil
pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami
dengan mereka?
95 Dia menjawab: (Kekuasaan dan
kekayaan) yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran
kamu); oleh itu bantulah daku dengan tenaga (kamu beramai-ramai) aku akan bina
antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh.
96 Bawalah kepadaku ketul-ketul
besi; sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara
dua gunung itu, dia pun perintahkan mereka membakarnya dengan berkata: Tiuplah
dengan alat-alat kamu sehingga apabila ia menjadikannya merah menyala seperti
api, berkatalah dia: Bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan atasnya.
97 Maka, mereka tidak dapat memanjat
tembok itu dan mereka juga tidak dapat menebuknya.
98 (Setelah itu) berkatalah
Zulkarnain: Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai
janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur dan adalah janji
Tuhanku itu benar.
Bertanduk dua?
Sesetengah pihak berpendapat gelaran
"Zulkarnain" bermaksud "bertanduk dua", yang secara
tersiratnya merujuk kepada syiling yang ditempa untuk Iskandar Agung mahupun
ukiran dinding Cyrus Agung. Pentafsir Quran abad ke-14 memberikan sebab yang
berbeza. Dalam Tafsir Ibn Kathir menyatakan, "sesetengah mereka
memanggilnya Zulkarnain kerana dia mencapai dua "tanduk" (batas)
matahari, timur dan barat, tempat ia terbit dan terbenam."
Tambahan pula, nama Zulkarnain juga
diterjemahkan menjadi "dia yang berketurunan dua", "dia yang
hidup hingga dua kurun", "dia yang memiliki dua kerajaan"
ataupun "pemerintah dua kerajaan". Banyak yang mentafsirkan perkataan
tersebut dengan maksud yang berbeda.
Terdapat juga pendapat yang
mengatakan "bertanduk dua" bermaksud menggabungkan 2 negeri.
Perbedaan Antara Iskandar Agung dan
Zulkarnain
Hasil kajian ilmuan dan sarjana
Islam seperti Seyyed Ahmad Khan (pentafsir Quran terkenal), Molana Abolkalam
Azad (Menteri Kebudayaan India), Baha'eddin Khomrashahi dan Dr. Muhammad
Ebrahim Bastabi Parizi menyangkal bahawa Zulkarnain adalah Iskandar Agung.
Mereka lebih mengesyaki yang Zulkarnain adalah Cyrus Agung iaitu raja empayar
Parsi Arkaemenia. Mereka memberikan bukti-bukti kukuh termasuk artifak tulisan
dan ukiran pada batu istana dan kubur. Berikut merupakan bukti yang dinyatakan:
1. Ukiran pada
batu yang masih dapat dilihat hingga kini yang memaparkan Cyrus dengan
mahkotanya yang mempunyai tanduk.
2. Menurut
Qur'an, rahmat Tuhan diberikan bersamanya dan dengan itu, Cyrus merupakan raja
pertama (beberapa ratus tahun sebelum Iskandar Agung) yang menakluki sebahagian
besar Eropah dan Asia.
3. Cyrus
(seperti juga Zulkarnain) menyembah satu Tuhan tetapi Iskandar Agung mempunyai
banyak dewa-dewi.
4. Di dalam
al-Qur'an tercatat perjalanan Zulkarnain iaitu bermula ke Barat lalu ke Timur
sebelum ke jalan yang lain (iaitu Utara) yang bertepatan dengan ekspedisi Cyrus
yang memulakan penaklukan di Barat Parsi hingga ke Lydia di Asia Kecil kemudian
berpatah ke timur sehingga Makran dan Sistani (Scythian) sebelum ke Timur Laut
menawan Eropah berhampiran Balkan.
5. Ekspedisi
Cyrus diteruskan dengan penaklukan Lycia, Cilicia dan Phoenicia, dan mereka
menggunakan teknik pembinaan tembok yang belum digunakan lagi oleh orang Yunani
ketika itu.
6. Menurut
al-Qur'an, pengembaraan Zulkarnain dimudahkan dan kebetulan lagi bagi Cyrus,
beliau sempat menamatkan ekspedisinya kali itu pada 542 SM, sebelum pulang ke
Parsi manakala Iskandar masih dalam misi menakluknya ketika dia mati.
7. Keperibadian
Iskandar juga dikatakan tidak seperti yang dikatakan mulia apabila Iskandar
sendiri sering berpesta arak dan juga mempunyai seorang lelaki, Haphaeston,
sebagai kekasihnya.
Menurut
Afareez Abd Razak Al Hafiz; seorang penulis buku 'Benarkah Iskandar Bukan
Zulqarnain' telah menceritakan bahawa Raja Kurush yang memerintah Parsi pada
ketika itu ialah Nabi Zulqarnain A.S. Hasil kajian yang dilakukan oleh beliau
telah menunjukkan terdapat persamaan ciri-ciri antara Raja Kurush dengan
Zulqarnain.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar