Nabi Daniel (bahasa Ibrani:
דָּנִיֵּאל, Daniyyel, Dāniyyêl; bahasa Parsi: دانيال, Dâniyal atau Danial, juga
disebut Dani, داني ; Arabic: دانيال, Danyal) adalah tokoh yang dicatat dalam
sejarah sebagai salah seorang Nabi ataupun Utusan Allah (Tuhan) dalam tiga
agama samawi (Islam, Kristian, Yahudi). Namun begitu, maklumat mengenai Baginda
banyak tertumpu kepada catatan dalam Kitab Daniel dalam agama Kristian Katolik
dan Yahudi.
Kisah Nabi Daniel A.S.
Kitab Daniel, yang ditulis dalam
bahasa Ibrani dan bahasa Aramik, adalah sebuah kitab suci Tanakh bagi agama
Yahudi atau Perjanjian Lama bagi agama Kristian. Kisah dalam kitab ini berlaku
semasa pembuangan di Babel, iaitu ketika bangsa Yahudi dibuang dan diasingkan
ke Babil. Kisah ini berkisar seorang tokoh yang bernama Daniel yang berbangsa
Israil dan menjadi penasihat Nebuchadnezar, penguasa Babil (Babylon) dari 605
SM - 562 SM.
Nabi Daniel A.S. bersama-sama bangsa
Israil telah ditawan dan diasingkan ke Babil (Iraq) ketika masih kecil lagi.
Ketika itu pemerintah Babil yang bernama Nebuchadnezzar telah menyerang
Baitulmaqdis serta menghancurkan kota tersebut dan membawa para tawanan dari
kalangan bangsa Israil dan mereka telah dizalimi oleh raja tersebut serta tidak
dibenarkan pulang ke Baitulmaqdis.
Mimpi Raja Nebuchadnezzar
Mimpi Raja Nebuchadnezzar
Dalam satu riwayat mengatakan bahawa
ketika dalam tahanan penjara, Nabi Daniel bersama-sama rakannya tidak menjamah
sedikit pun makanan yang diberikan oleh tentera Babylon sebaliknya hanya makan
sayur dan minum air sahaja.
Kemudian pada satu ketika raja
Nebuchadnezzar telah bermimpi sesuatu yang menakutkan sehingga dia telah
meminta para ahli nujum untuk menafsirkan mimpinya namun dia sendiri tidak tahu
apa yang dimimpikan olehnya. Raja Nebuchadnezzar mengancam untuk menjatuhkan
hukuman bunuh kepada para ahli nujum sekiranya mereka tidak dapat menafsirkan
mimpinya sehinggalah salah seorang daripada tawanan penjara memberitahu raja
bahawa Nabi Daniel boleh menafsirkan mimpi raja itu.
Nabi Daniel telah menafsirkan mimpi
raja itu mengenai sebuah patung besar yang mana setiap bentuk pada tubuh patung
itu adalah daripada pelbagai logam iaitu kepalanya dari emas tua, dada dan
lengannya dari perak, perut dan pinggangnya dari tembaga sedang pehanya dari
besi dengan kakinya sebahagian daripada besi dan sebahagian lagi dari tanah
liat. Nabi Daniel memberitahu lagi bahawa raja itu telah melihat sebuah batu
tanpa perbuatan manusia telah menimpa patung itu tepat di bahagian kakinya yang
dari besi dan tanah liat itu sehingga remuk. Akhirnya, batu itu yang menimpa
patung tanpa perbuatan tangan manusia menghancurkan semua logam yang ada
dipatung tersebut. Kemudian batu itu menjadi gunung yang besar memenuhi seluruh
bumi.
Nabi Daniel secara jelas dan tegas menjelaskan bahawa logam-logam itu melambangkan sebuah pengantian kekuasaan dari kerjaan-kerajaan besar yang berdiri dan kemudian roboh, dimulai dengan Babylon yang dilambangkan oleh kepala dari emas. Sesudah Babylon adalah Media-Parsi (lengan dan dada perak). Kemudian kerajaan itu digantikan oleh Yunani (tembaga), kemudian digantikan lagi oleh Kekaisaran Rom iaitu kerajaan yang keempat yang keras seperti besi, tepat seperti besi yang meremukkan dan menghancurkan segala sesuatu dan seperti besi yang menghancur luluhkan, maka kerajaan itu akan meremukkan dan menghancur luluhkan semuanya. Kemudian pada bahagian kaki yang daripada campuran besi dan tanah liat pula ialah merujuk kepada kerajaan-kerajaan di Eropah selepas keruntuhan kekaisaran Rom pada 476 masihi. Campuran besi dan tanah liat adalah juga merujuk kepada penyatuan negara-negara Eropah namun sentiasa mengalami kegagalan. Maka selepas itu, Nabi Daniel telah dilantik oleh raja itu untuk menjadi orang kanannya kerana raja itu kagum dengan kehebatan Nabi Daniel, namun para menteri yang lain berasa cemburu lalu mereka telah mengadakan pelbagai cara untuk membunuh Nabi Daniel. Digalilah sebuah lubang besar, kemudian Nabi Daniel dimasukkan ke dalamnya bersama-sama dengan binatang-binatang buas dan berbisa. Namun, setelah beberapa hari lamanya Nabi Daniel berada di lubang tersebut, Nebuchadnezzar mendapatkan Nabi Daniel dalam keadaan sihat serta tidak luka sedikitpun. Para menteri itu terus membuat perancangan untuk membunuh Nabi Daniel sehinggakan mereka telah menghasut raja Nebuchadnezzar bahawa Nabi Daniel telah 'buang air' terhadap raja itu ketika sedang tidur. Raja yang mendengar hasutan itu berasa geram lalu Nabi Daniel telah dipanggil oleh raja terbabit untuk tidur dibiliknya. Nebuchadnezzar telah memberitahu pengawalnya sekiranya terdapat orang yang ingin masuk ke biliknya walaupun dia mengaku sebagai raja, pengawal itu perlu membunuh orang itu. Nabi Daniel tidak keluar daripada bilik itu sebaliknya raja itu yang keluar kerana hendak membuang air sehinggakan pengawal yang berkawal itu tidak percaya sedikitpun kepada Nebuchadnezzar walaupun dia memberitahu dia adalah raja. Akhirnya dia telah dibunuh oleh pengawalnya sendiri. Begitulah Allah S.W.T. hendak menyelamatkan nabi-Nya daripada kezaliman Nebuchadnezzar.

Seterusnya kerajaan Babylon telah
ditawan oleh kerajaan Media-Parsi dan pemerintahnya telah melantik Nabi Daniel
sebagai penasihatnya. Nabi Daniel juga dikatakan telah dipenjarakan ketika
berada di bawah pemerintahan kerajaan Media-Parsi kerana tidak mahu
meninggalkan amalan ibadahnya yakni (menyembah Allah) walaupun telah
dikuatkuasakan oleh kerajaan itu yang melarang rakyat mengamalkan amalan
ibadah. Nabi Daniel telah dipenjarakan bersama-sama 3 ekor singa, namun
singa-singa itu tidak sedikitpun mencederakannya.
Menurut Abul Barakat al-Hifny, Nabi
Daniel kemudian berangkat menuju ke kota Iskandariyah dan menghabiskan
sisa-sisa hidupnya untuk berdakwah di sana, bahkan wafat dan terdapat makamnya
di sana. Kemudian wujudnya Masjid Nabi Daniel sewaktu Mesir di bawah
pemerintahan seorang gabenor iaitu Amru Al As kerana beliau telah menjumpai
makam Nabi itu lalu membina masjid dikawasan itu dan dinamakan sempena nama
Nabi Daniel.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar